Jumaat, 17 Disember 2010

Akal Panjang Kekadang Lupa


"Aku pernah dengar yang engkau itu antara yang eksklusif penciptaannya..
Kau ditempatkan di paras yang hebat dan mulia..
Hubung kait mu sentiasa membenarkan..
Memang engkau ini rasionalis, berlogika..
Ada sempadan, ada kalanya  melebihi sempadan..
Bak batu sempadan antara mukim dan suatu daerah..
Ajaib, hairan , pelik dan ganjil..
Diri kerap lupa, abai, mengabai, terabai, sengaja abai mu..
Ku fikir untungnya para malaikat itu kerana mu mereka teguh berbakti..
Tak perlu gusar akan hendapan nafsu..
Alangkah indahnya hati, kau akal memacu ku..
Agar hati selalu bersatu..



(Walkway Mini Refleksologi, Bukit Kiara)

Kuda Kuda Liar

"Aku perhatikan kau..si perut
Saat tiada hidangan, kau tidak memberontak..
Peliknya si marah yang tak keruan,
Saat terhidangnya makanan yang lazat, kau juga tidak gelojoh..
Peliknya si selera yang mebuak-buak..
Maka aku patut lebih menjaga engkau..
Daripada aku menjaga si marah dan si selera...
Pada mereka apa yang harus ku perlakukan?
Nah! mereka semestinya perlu ditambat seperti
tali yang menambat kuda-kuda liar.."




(Gerai Pasembor Petronas, Desa Hartamas)

Bara


"Hei! amarah..
Tak serik-serik setelah ditundukkan..
Pantang sikit, kau rembat kesempatan..
Di kesempatan itu, cilik dinyalakan bara..
Bara yang membakari diri..
Memang tidak sedar..
Hadir amarah susur licik..
Menyelinap, menyusuri..
Merenjat neuron-neuron dalam tubuh..
Tapi tidak sama sekali..
Apa kata kiranya aku cabar diri aku..
Membakar jari manis dengan nyalaan muda api lilin..
Atau kau mahu aku membakar dengan sebutan kebesaran?


(Bukit Riadah, Subang Bestari)

Mulut Celupar Sungguh


" Lagi-lagi kau wahai si mulut..
Tutur kata palsu terbit kembali..
Tutur kata juah terbit berkali-kali..
Tutur kata maki terbit berulang kala..
Tutur kata keji umpatan terbit berterusan..
Tutur kata zalim fitnah terbit berleluasa..
Tutur puji syukur..mana?
Kerna kau mulut, membinasakan..celupar sungguh"


(Dataran Sunway, Kota Damansara)

Hebat Kau Tak Ke Mana


"Hari ini...
Diri berjasad, kau kalah..
Pesona dunia mengitari dan kaburkan pandangan hakiki..
Hingga kau lalai, walaupun kau sedar, kau kan tergelincir..
Namun kau masih mengiyakan..ah! tidak mengapa..
Kerna kau fikir semua itu di saku mu..
Jadi mengapa hari ini tiba-tiba kau tersentap?
Menkala Tuhanmu mencurahkan sera kegusaran
Walhal kegusaran itu adalah baik berkali-kali buat mu..
Kerna kau diri berjasad berasa angkuh akan nikmat pemberian Tuhanmu..
Adakah kau mahu mengaku kalah sekarang?"


(Shaaz Curry House, Subang Perdana)