Jumaat, 19 Ogos 2011

Akibat Masa Kecik Tak Pernah Kena Sebat

Masa lepas beli air tebu, aku singgah duduk kat kedai tomyam..
Posa..letih jalan-jalan beli juadah..
Memang aku suka bagi alasan..sebab aku jujur..
Sambil tu aku perhati manusia lain beli juadah..

Ada satu puak muda mudi marka pakai fit sambil beli kuih abrot brot kot..
Ni bulan posa, depa pakai ketat sapa suruh, aku tengok..

Mana nak control, sebab aku ni manusia besa lagi lemah
jika dibandingkan dengan hangpa yang kuat iman..

Yang marka-marka ni pun sengal otak..
Mak pak tak pernah sebat pungkor, ni la jadinya..

Orang Minta Sedekah, Nak Bagi Tak Mau Bagi, Celaru

Di pasar ramadan ada orang kudung minta sedekah,
Dia tala koleh duit kat aku,
Aku seluk poket, teringat pula cerita blog kawan kawan banyak sendikit..
Aku tak seluk poket balik..

Depa kata kalu was was jangan teruskan
Takut niat ikhlas tadi lari..

Aku seluk poket semula, beli kueh koci..
Baik untuk usus, tanpa was was..

Cucur Kodok Kuih Badak Berendam

Depa jual juadah berbuka puasa di Kota Damansara..
Cucur kodok, badak berendam..
Adalah terbaik untuk perut..

Ada juga orang yang jual air tebu..
Terbaik untuk pundi kencing..

Ramai orang meniaga di bulan posa..
Cari duit raya untuk keluarga..

Chu Be Got

Masa aku lintas di laluan Red Carpet Walkway, ada serombolan eksekutif sedang bersila, mencangkung, bersimpuh yang berjantina laki dan perempuan,
mereka sedang mengoyak dan menyisih kertas,
laluan aku tersekat, lalu aku minta tumpang nak lalu

ada satu eksekutif tu menjawab chu be got....
apa benda pun aku tak tau chu be got tu..
lantak pi la..chu be got ka..chu be git ka..
janji aku boleh lalu nak pi bilik ayaq..

Jerkah, Ujian, Iman

Kelmarin ada satu orang muda sengaja menghimpit kereta aku pabila ketembung ke muka plaza tol Jalan Duta..
Dia syiok punya himpit lalu bumper belakang dia sudah sangkut sama bumper depan kereta aku..
Sudah kereta dia dan aku tak boleh jalan..dia usha aku dan toleh lirik mata ke belakang..tanda samseng puyuh..
Aku turun bagi ucap salam dan aku tak tahan lagi...nah ambik hang..
Kan dah tersembur kata makian tak berlapik tuju tala ke muka..
Sebab bulan posa jangan sesekali dok uji kesabaran orang lain..
kerna sabar itu satu perjuangan yang payah berat..

Jerkah Jerit Bagi Tak Ralit

Sesekali kena jerkah pada orang yang tak sengaja mencari pasal..
Agar dia tidak terlalai dan teralit..

Rabu, 17 Ogos 2011

Buka Puasa Pakai Jubah Kontot

Depa jemput saya untuk berbuka posa..
Majlis buka posa itu ada tema
Temanya ialah ARABIAN


Dulu masa saya kerja di sektor duniawi pelancongan sipi-sipi pelencongan
Ada lah dengar dan terlibat dalam pembikinan The Arabian Nite..
Enjoy sampai tangkap sapedu..syiokk..
Itu dulu, sekarang lain sudah tukar pakaian ma..


Saya tak pandai, tapi bab buka posa ni tak payah tema-tema lah.....
Bukan sebab aku tak dak jubah, malah aku ada banyak jubah kontot..
Buang karan ja...hangpa buat tema semata-mata nak tarik orang mai penuh majlis tu..
Bulan posa orang tak mau nama dan gaya
Orang mau apa?? malas aku nak jawab..hang jawab seniri..

Hangpa Kena Prengg..

Cakap besar bukan hobi aku
Tapi aku sentiasa dipeluangkan untuk menghadiri kongres sulit bab tanah ayer ku
bak kata tuan punya kerusi, pengerusi..ini semua di dalam lingkungan 4 segi dinding ini saja

Kadang kala bila aku dahaga
Aku pekena teh di restoren atau gerai
Telinga aku pasang perakam
Di kedai kopi ramai yang suka sembang melangit
Aku geli hati sebab, aku tau hangpa takat sembang melangit melabon
orang lain pun percaya..

Tapi hangpa tak tau apa yang diperkatakan dalam lingkungan 4 segi dinding..
Memang hangpa kena prengg..

Selasa, 16 Ogos 2011

Kuih Raya Ke California Telah Ditambang


Bungkusan parcel kuih raya kampung dan serunding untuk keluarga di Sacremento telah ditambang. Jumlahnya kos penghantaran melebihi kos membuat kuih raya kampung. Merasa hendaknya orang Sacremento kuih kampung dan serunding kami..Alhamdulillah..

Aku Hantar Kuih Raya Ke California


Aku telah pun membungkus, melekapkan bungkusan parcel yang isi kandungnya ada kuih raya, serunding dan hijab, untuk di hantar ke California. Aku timbang bungkusan dan mata teliti jarum penimbang serta di kepala ada anggaran kos, kerana aku perlu bajet, aku orang kampung diajar hargai adik beradik dan jimat cermat..


Komplen Kawan Kampung

Seorang kawan yang aku tak kenal komplen, dalam masjid tak boleh letak brosur politik lawan melawan, tak baik sebab bulan puasa.
Aku pi baca brosur tu, isinya kisar lawan kezaliman, itu bukan lawan melawan la kawan, itu hakikat.
Porahhh..begitu dungu sampai tak reti nak pisahkan hak dan batil..

Isnin, 15 Ogos 2011

Perut Aku Lapar

Aku berpuasa hari ini..
Jam 3.25 petang perut sudah berkeroncong..
Tak ikut irama sungguh..
Laparlah tu..
Apa da.. baru lapar tak sampai sehari..
Dah meragam bunyi macam enjin turbo lingkup..
Hang kata hang tera lagi hebat..lapar tu ubat terbaik la..
Perut..perut..jangan dengar bisik nafsu tu..
Hang dengar kata aku..
Cukup masa nanti aku sumbat hang dengan 7 biji kurma..Cukup??

RM123 Aku Tak Rugi Sikit Habuk

Awalnya aku merungut aku rugi RM123..
Elok terlelap..tukang pos menelefon ku..
Jika punyai kesempatan singgah di pondok pos cepat, ambil ganti rugi..
Ya..aku tak rugi..
Mereka ganti kembali..
Aku mengerti..

Aku Kuat Tidur Tengahari

Daripada aku melepak yang punyai potensi mengutuk orang atau berfantasi pulau..
lebih baik aku tidur..
walaupun tidur ku sudah cukup malam tadi..

Aku Malas

Aku tak mahu berpura-pura..
Pura-pura itu munafik..
Aku dah cuba caj positifkan tenaga rajin..
Malah caj agak pasif..
Hari ini aku malas bekerja..
Jadi tak payah buat kerja..
Sebab hari ini malas..

Aku Rugi RM123


Melewar-lewar aku cari jus
jus monavie untuk diberikan pada saorang sahabat
dapat jua akhirnya dengan harga RM115 satu botol
lantas aku perderas cari bungkusan untuk diposkan pembelian tersebut
lantas ku kirimkannya melalui pos dengan harga RM7
aih..sahabat telefon, kenapa tak sampai-sampai lagi jus monavie?
la..sudah lama  pos..tiada mengapa nanti ku semak
kebetulan terima panggilan dari tukang pos laju
dimaklumkan bungkusan jus monavie pecah...
marah aku pada tukang pos hingga kecut jantungnya..
marah lagi hingga tukang pos terketar ketar dan ketak..
itu saja cara yang boleh diluahkan akibat menangkung kerugian RM123..

Aku Kerja Dengan Orang Besar

Aku kerja dengan orang besar, kaya raya, herta bertimbun..aku jaga orang besar..
Masa orang besar adalah masa aku..
Tapi masa aku bukanlah masa bagi orang besar..
Orang besar maki aku..
Aku pulak nak maki siapa..
Orang besar..orang besar..bikin susah orang kecil..

Aku Rasa Nikmat Sungguh

Nikmat yang sungguh nikmat ialah apabila menanti wang upahan gaji yang belum masuk setelah poket kosong berhari-hari..