Khamis, 13 Oktober 2011

Pikiaq Punya Pikiaq

bila di pikiaq-pikiaq
tak semua kehendak kita dipenuhi

bila di pikiaq-pikiaq
hidup memadai dengan apa yang ada saja

bila di pikiaq-pikiaq
kena usaha lebih untuk memenuhi kehendak kita

bila di pikiaq-pikiaq
atas kita untuk mencorak hidup kita

bila di tinjau-tinjau
corak hidup dah ada dalam skrip
cuma kita boleh mohon tambah baik
skrip itu..
lulus permohonan itu
line clear..

Rabu, 12 Oktober 2011

Kita Kena Paham

bila kita berada di pentas
yang boleh disentuh bawah, atas, kiri, kanan..
yang ada tanah, ada udara,
yang ada api, ada ayaq,
maka kita kena betui-betui paham..

bila kita berada di pentas
yang kita tak boleh nak sentuh mana-mana hala pun
yang ada macam-macam
yang kita pun tak ketahui
maka kita kena betui-betui-betui paham..

kita kena paham..
ada ujian setiap detik untuk kita
kita kena paham
yakin dan sabar boleh buat kita rasa apa yang kita tak ketahui..

Selasa, 11 Oktober 2011

Belanja Wang

tiap langkah
perlu ada belanjawan
supaya tak tersasar belanja
tak kira belanja peringkat dunia..
peringkat benua..
peringkat negara..
peringkat negeri..
peringkat daerah..
peringkat mukim..
peringkat bandar..
peringkat kampung..
peringkat rumah..
peringkat poket sendiri..

itu semua belanja wang..
pokai.....poket ku..
kena tanggung desakan dunia..