Jumaat, 4 Februari 2011

Depa Rock, Aku Tak Minat


Jangan marah kami,
Kami muda, lagi nampak rockas,
Rambut stylo,
Baju sub-pop figure,
Seluar brit-pop,
Kasuit kanvas murah,
Layan trek indie-rock,
Ni zaman kami ..

Era kami la..
Influansi,
Nampak macam leka,
Tapi sampai bang azan, kami cargas laksana,
Ada orang nampak?
Ramai mengata..
Tapi dalam dok ramai-ramai, sorang pun tak mai kat kami
nasihat tu datang sendiri kot..

Dakyah depa kata ada kat kami,
Betul kah? Tak tau..
Tapi kami ingat pesan mak pak kami,
Jangan pandang leceh kat kami,

 
J-rock..tak lama.. yang tu kami tau
Nak jadi militari juga lah
Militari pada tuhan
Macam orang muda yang macam kami kat Amerika, Perancis,Jerman, Kanada..


(Mencangkung ditembok rayau)

Khamis, 3 Februari 2011

Aku Mau Jawab Apa Da..?


Semasa kecil, si orang tua bertanya:
"Besar esok nak jadi apa?"

Jawab aku masa kecil:
"Nak jadi ultraman"

Semasa remaja, si orang tua lagi bertanya:
"Dah habis mengaji nak jadi apa?"

Jawab aku masa remaja:
"Nak masuk U dapat skrol ijazah,master,phd"

Semasa dewasa, si orang tua bertanya lagi
"Dah jadi apa sekarang ni?"

Jawab aku masa dewasa:
"Dah jadi suami/bini orang dah..anak pun dah ramai..tapi harta tak berapa nak cukup la ni"

Semasa tua, si muda bertanya:
"Pakcik dah tua dah tak larat nak buat apa lagi?"

Apa yang harus aku jawab menkala itu?
Belasah saja aku jawab...
"Pakcik nak Allah ampun semua dosa-dosa semasa dari kecil hingga ke tua"

La hat tu saja...macam buang karan saja cita cita aku dulu tu..

(Lintasan di Rumah Warga Emas Seri Kenangan, Taiping)

Rabu, 2 Februari 2011

Aku Lintas Bukit Bintang & Tahfiz Gombak

Mata kiri aku galak memerhati
Perhati apa saja di keliling Bukit Bintang..

Aku lihat yang muda- muda
  Aku lihat ada yang syok pesta, aku sudah biasa itu
Aku lihat ada yang lebih batas diri,
  Aku cuba nak uji
Aku lihat ada bibir-bibir mentah menyembur carut
  Aku terdetik bikin lagi tegang
Aku lihat mereka berpelukan
  Aku mengintip
Aku lihat ada yang menogak kencing mabuk
  Aku mau berseloroh sama, syok..


Kelmarin juga mata kanan aku perhati Budak-budak Tahfiz Gombak..

Aku nampak yang muda-muda
Mereka sedang imarah
  Aku dilihatkan bibir-bibir mereka, sebut kebesaran
  Aku rasa sayur, kerana aku tak begitu
Aku nampak mereka tembungkan bahu di saf
  Aku haru,
Aku nampak depa buka kitab
  Terdetik aku menghampiri mereka


Hari ini kebiadapan mata kiri ku makin memberontak
Tapi mata kanan ada mai sirna..

Aku pilih sirna..lagi baik kot..




(Antara Pekan Bkt Bintang & Sekolah Tahfiz Gombak)

Semangat Orang Muda Mesti Mau Ada


Ingat.....
Kami anak muda lagi remaja
Pemegang panji-panji kebenaran

Memang..
Kami alur modenisasi
Tak terhias seperti kehendak orang tua
Tapi mesti mau ingat..
Kami adalah perjuangan masa depan
Setelah mereka semua pergi tak kembali
Jangan buat lupa..
Kami ini pemuda remaja
Akan kibar panji-panji..

Walau tangan kanan dicantas
Tangan kiri masih di sisi
Walau tubuh dicincang lumat
Hati kami masih hidup di sini
Dan panji tetap berdiri

Mati Punya Cerita, Aku Pun Mati Jugak Nanti



Jika aku mati
Di alam kandung
Betapa gumbiranya hati ini
Kerana belum sempat mata ku disinari cahaya dunia
Dan aku bisa berterbangan di dalam syurga sebebas-bebasnya...

Jika aku mati 
Di alam dunia bayi
Alangkah sukanya hati
Kerana mata ini tidak disinari oleh cahaya dosa dunia
Justeru aku bisa nikmati gayutan pohon-pohon syurga

Jika aku mati
Di alam kanak-kanak
Terpancar di hatiku keriangan
Kerana tangan ku ini tidak sempat mengotori jiwa
Lantas aku bisa meneguk susu dan manisan di syurga

Jika aku mati
Di alam baligh remaja
Aku bimbang..aku bimbang
Kerana tanganku ini sudah pandai bermaksiat
Bimbang akan soal jawab kubur
Bimbang tiada pertolongan manusia
Kerana aku berada di dalam perut bumi keseorangan

Jika aku mati
Di alam dewasa
Hati ku teramat getar..getar sekali
Kerana aku tak ambil peduli
Kebajikan semasa hayat hidup

Jika aku mati
Di alam tua
Hati ku terasa berderau
Kerana sepanjang hayatku
Apa yang telah aku lakukan

Aku takut..
Biar aku hidup tanpa makan minum
Asal di padang perbicaraan kelak
Sempurna segalanya, aku mahu bersatu
Dengan Tuhan-ku


(Tanah Perkuburan Islam, Kg Melayu Subang)

Sudah Lemah Lagi Sombong..Apa Da..


Muka bumi ini 
dari awal jasad-jasad tok pimpin berkeliaran
memang asyik..berdunia..kurang berfana
memang asyik..mengejar..jarang bersatu
memang asyik..melawan..payah mensusuri

Memang jasad-jasad ini suka
melawan fitrah..walau dia sadar
bakal ditelan dan hancur tulang belulangnya nanti
dijilat halilintar dan dibadai alun menenggalami bumi
memang ini jasad suka melawan..
melawan tak tentu hala kerana tidak sedar akan dampingannya
sang iblis dimahkotakan di pusat aqli..


Berani lagi melawan?
kau bisa jawab angkuh kerana padah belum menjenguk
di dunia, di mahsyar kelak

usah kau berasa hebat dengan selendang 
yang bukan pakaian bagi mu wahai jasad

(Ruang gelap di Anjung Pondok Pengawal Nuri Subang Bestari)