Khamis, 30 Disember 2010

Baur


Sera hati berbaur lagi..
berbaur gelisah, acap kali berfikir..
fikir nun sana, apa gerangan suasana..
sekali masa sampai wadah pandak..
wadah tersirat, seperti madah..
yang perlu dihurai dan dilerai..
dengan halus seni mata teliti..
fikir berganti..


di waktu sama, ada anugerah kegembiraan..
namun berbaur tak juga pergi..
maunya gegas gegas kembali..
apakan daya, belum tiba masanya bergegas..
menanti..debar..mengisolasi..makin makin berdebar..
ini ujian..serahlah...
yakinlah..
maka serah dan yakinlah..
tiada sesuatu yang sia-sia pun antara mana mana nya..


(Antara rimbunan serai, Subang Bestari)

Kabur


Kadang kala kerap obses dan optimis akan objektif..
terbit sama kekalutan mengejar demi mengejar..
detik yang sama rapuhnya pola-pola langkah..
agak tempang..
nampak gayanya, agak tempang..
kadang kala kabur..
bisa berjaya, tak kata mustahil untuk dicapai..
kerna mustahil dan tak mustahil sesuatu itu
adalah subjek kepadaNya..


biarlah mengorak pola langkah dengan lenggok rapi,
tampak tidak gesa,
bak memanah ke langit..
tiada mengena, malah jatuh semula ke bumi..
agar terpancar kebijaksanaan, malah dijulang mertabatnya..
bukan kerana pujian atau angkuh..
tapi ini soal hemat..maunya semua selamat..
mau dunia mau pun akhirat..




(Di bawah Kolong, Bukit Kiara)

Selasa, 28 Disember 2010

Mana Nak Tau, Peduli Apa

"..waduh..waduh..sungguh enak shekali...


apa yang enak itu?
"cek tak tau"
kenapa kau tidak tahu?
"mana cek nak tau .."
apa cita-cita mu?
"tak rancang lagi.. cek tak tau"
sudah begitu apa yang kau nak laksanakan?
"cek tak tau la.."


MasyaAllah..semuanya kau tidak tahu..apa yang kau tahu ha??
"cek tau apa yang cek tak tau"
makan kau tahu?
"cek tau"
minum kau tahu?
"cek tau"
tidur lena kau tahu?
"yang tu memang cek pakar...cek terlebih tau.."
kerja kau tahu?
"cek tak berapa nak tau"
solat maghrib kau tahu?
"cek tau kot sikit-sikit dan tak berapa nak tau jugak"
kiranya berlaku sesuatu moksiat ditepi mu, mahu kau bertindak?
"cek malas nak ambik tau, cek buat tak tau..takut sat gi kena lipat kuntau" 
Pulak dah!!!






Mati kau tahu?
"cek tak tau sebab cek dok hidup lagi"
kau takut mati?
"cek tak pernah pikir, jadi cek tak tau.."
kalau esok-esok kau ditakdirkan mati, datang malaikat bertanya..
'ma rabbu ka' apa yang kau perlu balas??
"kena jawab..jawab..ermm...cek tak tau.."
"tapi bila nanti cek mati dok dalam kubur baru cek tau..kot"
dunia tahu tak?
"cek tau, hat tu baguih dok ada...hula-hup siang malam"
kiamat tahu tak??
"yang tu naya......toksah tanya..cek takut nak ambik tau..cek buat-buat tak tau"






kenapa terjadinya kebingaian ini??
"tak tau la..cek tak tau, tak berapa nak tau, kadang-kadang meluat nak ambik tau.."
terakhirnya pertanyaan, kenapa terjadinya kebingaian ini??
"tak dak orang bagi tau..sebab tu cek tak tau..suroh depa bagi tau..jangan simpan-simpan..supaya lepas ni cek tau..pas tu cek pun boleh sama-sama turut memantau"




Istilah 'cek' adalah loghat utara tanahair yang bermaksud 'saya' & 'sat gi" membawa erti 'nanti".

(Di bawah pohon jambu air, Subang Nuri)

Isnin, 27 Disember 2010

Aku Tak Lupa


"Seronok..seronok..semenyeronoknya..
tapi berbaur resah............................
di kala malam seakan pagi, hati gelisah kabut..
tidur tak lena, pikiran bilau..
di ketika itu terimbau nun di jauh tengah utara..
antara bukit yang sering dilimpahi hujan dan bentangan sawah padi..
seorang wanita yang punyai kasih sayang..
yang tak terhingga..
dia menterjemahkan sifat kasih semasa aku di alam kandung..
dia menterjemahkan kasih dan sayang semasa aku di alam nyata..
sekelip pula aku lupa..
lupa kerna tak sengaja..
lupa kerna tak berniat sekali pun..
lupa kerna dilingkari gelisah kabut..
tika mata bakal lelap..tiba-tiba
si tidur tak lena, pikiran serabut menyergah kembali..
terdetik sera libang libu, jiwa kacau...
kerna kepala ini pusing tak pusing..
pikir akan wanita yang di antara bukit yang dilimpahi hujan dan bentangan sawah..


tapi pagi ini, pagi hari yang baru..
terasa diri ini bersifat neutral, isolasi..
kerna bibit cahya subhhi memancar menusuk ke koronar mata halus..
yang kemudiaan menggera hati ..
yang kemudiannya menggerakkan panca-panca anggota
untuk melunaskan setiap hutang yang sememangnya sentiasa berhutang..
cuma aku masih berhutang dengan si wanita itu..
dia sudah tua..
tak berupaya kederatnya..
mungkin mengharapkan sesuatu yang terpendam..
perlu bikin apa aku ini?
sendiri mau ingat......


lega menkala salam kanan kiri..
secebis perasaan neutral terbit di hati..
menyakinkan si hati yang kabut dan pikiran yang serabut..
perlu dilangsai hutang-hutang itu...kerna ianya tanggungan
tanggungan yang tak terjawab...
simpul kata hati..adalah baik kiranya setiap detik begini..
kerna aku akan sentiasa mengingati Dia dan dia si wanita..
simpul kata hati lagi..usah khayal akan seronok..
usahlah pula leka akan kesulitan kepayahan..
kerna nanti kau akan terperonyok..
kerna beban seronok dan terperonyok..
membuatkan kau gophla dan semenyeronok..
akhirnya mungkin sesal tak bersudah..
bak kata pasar nun di tanah laut utara..gophla jingga..
janganlah aku begitu..kerna aku masih tak lupa.."


(perjalanan emosi dari Subang ke Taiping)