Jumaat, 7 Januari 2011

Emo Pulak Dah Hang Ni..



Ada juga tiupan angin pada diri ini ..
Kadangnya kus-kus..Hoi! Mau buku lima??
Kalanya merambu..Hai! Dah berpunya ke belum?
Ada masanya merepek..Kang kali kong nala naya..
Ada detiknya sensitif..sedih, murung, mengalir ayer mata..
Emosi yang bisa membuka hijab..
Emosi yang bisa memakan diri..
Emo..terus beremo hingga hancur lerai tubuh badan..
Emo..terus membiarkan amarah menunggang diri..
Emo..upaya menyemanyamkan taktikal setan pada diri..
Emo..bisa lemah, lesu pabila..
Diri memahami diri..

Gumbira Gentar..Naya


Gumbira...
Sera gumbira...
Gumbira melenyapkan lara...
Gumbira akan percantuman...
Gumbira kerna nasab...
Gumbira cukupnya haul makanan...
Gumbira yang amat pabila diterima mereka...
Gumbira hati kerna mereka menghargai...
Tapi..Dok tak berapa nak gumbira...
Bila semua sera-sera gumbira tak seiring syukur
Syukur seperti mana?
Syukur tunduk juanya..
Gumbira bertukar Gentar!

Khamis, 6 Januari 2011

Siapa Stupid?



Siapa stupid? kau atau aku?
Siapa stupid? aku atau kau?
Stupid dan stupid pada orang
Stupid dan stupid aku pada orang
Rata-rata tak mahu menjadi stupid
Banyak tak mahu di stupid kan
Bab awalnya kita bukanlah stupid
Kerana kita diberi amanah
Nafs' yang buatkan kita stupid.."
Aqal yang buatkan kita tidak stupid.."

Rabu, 5 Januari 2011

Ronsoi Nak Mati..Naya Aku..



Ronsoi dan keronsoian..
kata mereka, libunya ronsoi kerna turunnya berita..
waima diri cuba menyelak ronsoi, andaian berputar di fikiran..
apa itu khabar tanda nak mati?
apa bersedia untuk mati?
apa sakit masa mati?
masih lengah melayan keronsoian?
depa kata mati itu...
tak kenal usia, warna pigmen kulit, pegangan, jantina?
tapi yang pasti walau sesaat pun tiada mungkir tercabut nyawa..

Isnin, 3 Januari 2011

Hanyut



"Lagi lagi dia datang..
di awal subuh, permainan maya..
bisa berkata-kata, dibuai tempekan basi..
tapi ini kali datangnya penuh taktikal..
seolah-olah telus..tembus..
setan kau...busuknya pedaya mu..
subuh berlalu, pagi pula terang..
tapi..Allah Maha Agung..
gerak hati kata taubat..
maka laksanakan dengan cepat, cemprat dan lekas..
agar tak babas..
tiada daya upaya melainkan Tuhan juanya..."