Jumaat, 12 Ogos 2011

Aku Nak Nilai Masa

Kalau nak tahu nilai sedekad, tanyalah orang hidup dalam peperangan..
Kalau nak tahu nilai 10 tahun, tanyalah orang pernah hidup dalam kemiskinan..
Kalau nak tahu nilai setahun, tanyalah orang yang perit tidak mendapat pekerjaan..
Kalau nak tahu nilai sebulan, tanyalah orang yang terpaksa mengikat perut kerana tiada gaji dibayar..
Kalau nak tahu nilai sehari, tanyalah orang berpuasa dari pagi hingga ke petang..
Kalau nak tahu nilai sejam, tanyalah orang yang sedang bercinta..
Kalau nak tahu nilai seminit, tanyalah orang yang tertinggal keretapi untuk pulang ke kampung untuk beraya..
Kalau nak tahu nilai sesaat, tanyalah orang yang pernah mengalami kemalangan di jalan raya..
Kalau nak tahu nilai mili saat, tanyalah pelari olimpik yang kalah dengan saingannya...

Khamis, 11 Ogos 2011

Aku, Hangpa Ada Berani?

Siapa berani sembang juah bak orang Indonesia?
Siapa berani jadi perut hijau, hati kering bak orang Siam?
Siapa berani jadi sopan santun kasar bak orang Kemboja?
Siapa berani jadi lembut kahaq bak orang Filipino?

Siapa-siapa pun boleh jadi..
Tapi ingat..
Jangan jadi seperti manis mulut hati busuk bak orang yang merampas negeri Temasik!!!

Jangan Eksyen

Jangan berlagak berani kalau penakut..
Jangan berlagak hebat kalau lembik..
Jangan berlagak pandai kalau tiada ilmu..
Jangan tolong menolong kalau tak ikhlas
Jangan menyibuk kalau tak tahu..

Jangan berlagak penakut kalau pemberani..
Jangan berlagak lembik kalau hebat..
Jangan berlagak bodoh, kalau ada ilmu..
Jangan tak ikhlas, kalau tolong menolong..
Ambil tahu, bukannya menyibuk..

Aku Keji Tak Puji

Aku tak perlu dipuji untuk berdiri..
Aku tak jatuh dek dikeji..

Aku Nak Kena Tanya

Kalau nak tahu tingginya pokok, tanyalah helang..
Kalau nak tahu dalamnya rimba, tanyalah puyuh..
Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang..
Kalau nak tahu dalamnya lautan, tanyalah beberau..
Kalau nak tahu isi ilmu, tanyalah yang arif..