Khamis, 30 Disember 2010

Baur


Sera hati berbaur lagi..
berbaur gelisah, acap kali berfikir..
fikir nun sana, apa gerangan suasana..
sekali masa sampai wadah pandak..
wadah tersirat, seperti madah..
yang perlu dihurai dan dilerai..
dengan halus seni mata teliti..
fikir berganti..


di waktu sama, ada anugerah kegembiraan..
namun berbaur tak juga pergi..
maunya gegas gegas kembali..
apakan daya, belum tiba masanya bergegas..
menanti..debar..mengisolasi..makin makin berdebar..
ini ujian..serahlah...
yakinlah..
maka serah dan yakinlah..
tiada sesuatu yang sia-sia pun antara mana mana nya..


(Antara rimbunan serai, Subang Bestari)

Kabur


Kadang kala kerap obses dan optimis akan objektif..
terbit sama kekalutan mengejar demi mengejar..
detik yang sama rapuhnya pola-pola langkah..
agak tempang..
nampak gayanya, agak tempang..
kadang kala kabur..
bisa berjaya, tak kata mustahil untuk dicapai..
kerna mustahil dan tak mustahil sesuatu itu
adalah subjek kepadaNya..


biarlah mengorak pola langkah dengan lenggok rapi,
tampak tidak gesa,
bak memanah ke langit..
tiada mengena, malah jatuh semula ke bumi..
agar terpancar kebijaksanaan, malah dijulang mertabatnya..
bukan kerana pujian atau angkuh..
tapi ini soal hemat..maunya semua selamat..
mau dunia mau pun akhirat..




(Di bawah Kolong, Bukit Kiara)

Selasa, 28 Disember 2010

Mana Nak Tau, Peduli Apa

"..waduh..waduh..sungguh enak shekali...


apa yang enak itu?
"cek tak tau"
kenapa kau tidak tahu?
"mana cek nak tau .."
apa cita-cita mu?
"tak rancang lagi.. cek tak tau"
sudah begitu apa yang kau nak laksanakan?
"cek tak tau la.."


MasyaAllah..semuanya kau tidak tahu..apa yang kau tahu ha??
"cek tau apa yang cek tak tau"
makan kau tahu?
"cek tau"
minum kau tahu?
"cek tau"
tidur lena kau tahu?
"yang tu memang cek pakar...cek terlebih tau.."
kerja kau tahu?
"cek tak berapa nak tau"
solat maghrib kau tahu?
"cek tau kot sikit-sikit dan tak berapa nak tau jugak"
kiranya berlaku sesuatu moksiat ditepi mu, mahu kau bertindak?
"cek malas nak ambik tau, cek buat tak tau..takut sat gi kena lipat kuntau" 
Pulak dah!!!






Mati kau tahu?
"cek tak tau sebab cek dok hidup lagi"
kau takut mati?
"cek tak pernah pikir, jadi cek tak tau.."
kalau esok-esok kau ditakdirkan mati, datang malaikat bertanya..
'ma rabbu ka' apa yang kau perlu balas??
"kena jawab..jawab..ermm...cek tak tau.."
"tapi bila nanti cek mati dok dalam kubur baru cek tau..kot"
dunia tahu tak?
"cek tau, hat tu baguih dok ada...hula-hup siang malam"
kiamat tahu tak??
"yang tu naya......toksah tanya..cek takut nak ambik tau..cek buat-buat tak tau"






kenapa terjadinya kebingaian ini??
"tak tau la..cek tak tau, tak berapa nak tau, kadang-kadang meluat nak ambik tau.."
terakhirnya pertanyaan, kenapa terjadinya kebingaian ini??
"tak dak orang bagi tau..sebab tu cek tak tau..suroh depa bagi tau..jangan simpan-simpan..supaya lepas ni cek tau..pas tu cek pun boleh sama-sama turut memantau"




Istilah 'cek' adalah loghat utara tanahair yang bermaksud 'saya' & 'sat gi" membawa erti 'nanti".

(Di bawah pohon jambu air, Subang Nuri)

Isnin, 27 Disember 2010

Aku Tak Lupa


"Seronok..seronok..semenyeronoknya..
tapi berbaur resah............................
di kala malam seakan pagi, hati gelisah kabut..
tidur tak lena, pikiran bilau..
di ketika itu terimbau nun di jauh tengah utara..
antara bukit yang sering dilimpahi hujan dan bentangan sawah padi..
seorang wanita yang punyai kasih sayang..
yang tak terhingga..
dia menterjemahkan sifat kasih semasa aku di alam kandung..
dia menterjemahkan kasih dan sayang semasa aku di alam nyata..
sekelip pula aku lupa..
lupa kerna tak sengaja..
lupa kerna tak berniat sekali pun..
lupa kerna dilingkari gelisah kabut..
tika mata bakal lelap..tiba-tiba
si tidur tak lena, pikiran serabut menyergah kembali..
terdetik sera libang libu, jiwa kacau...
kerna kepala ini pusing tak pusing..
pikir akan wanita yang di antara bukit yang dilimpahi hujan dan bentangan sawah..


tapi pagi ini, pagi hari yang baru..
terasa diri ini bersifat neutral, isolasi..
kerna bibit cahya subhhi memancar menusuk ke koronar mata halus..
yang kemudiaan menggera hati ..
yang kemudiannya menggerakkan panca-panca anggota
untuk melunaskan setiap hutang yang sememangnya sentiasa berhutang..
cuma aku masih berhutang dengan si wanita itu..
dia sudah tua..
tak berupaya kederatnya..
mungkin mengharapkan sesuatu yang terpendam..
perlu bikin apa aku ini?
sendiri mau ingat......


lega menkala salam kanan kiri..
secebis perasaan neutral terbit di hati..
menyakinkan si hati yang kabut dan pikiran yang serabut..
perlu dilangsai hutang-hutang itu...kerna ianya tanggungan
tanggungan yang tak terjawab...
simpul kata hati..adalah baik kiranya setiap detik begini..
kerna aku akan sentiasa mengingati Dia dan dia si wanita..
simpul kata hati lagi..usah khayal akan seronok..
usahlah pula leka akan kesulitan kepayahan..
kerna nanti kau akan terperonyok..
kerna beban seronok dan terperonyok..
membuatkan kau gophla dan semenyeronok..
akhirnya mungkin sesal tak bersudah..
bak kata pasar nun di tanah laut utara..gophla jingga..
janganlah aku begitu..kerna aku masih tak lupa.."


(perjalanan emosi dari Subang ke Taiping)

Khamis, 23 Disember 2010

Pak Kalut Si Kaluit

"kalut..kalut..kalut..
apa yang kalut sangat tu..
dok kalut buat apa..
selalu kalut..
terkalut, dikalut,bikin kalut...
akhirnya melalut..
kata mereka, itu lumrah tuntutan dunia ..
mesti kalut, tak kalut maka tak bisa maju..
kalut dalam pertuturan..
kalut dalam keputusan..
kalut dalam pembikinan..
kalut bekeng..kalut men'stupid'kan orang lain...
kalut kaut keuntungan..dari perut maupun muka bumi
malahan lebih kalut ambil punyai orang lain..
kalut akan lesu..
kalut mau rehat kerna tak cukup detik..
kalut kejar, kalut mengenepikan orang..
kalut..kalut..kalut..kalut hingga tak bisa sadar..
punya lah kalut..sekalut..kalutnya..
ada yang bertanya..dalam kalut mu itu..adakah kau sudah kalut untuk mati dalam keadaan kalut-kalut mu itu???"


(Di bangku kayu, Kebun Nyonya Jln Suria U5/104)

Alahai Si Tangan

"Aku nampak akan kelibat penangan tangan..
siang, petang, pagi, malam..
tiada henti sang-sang tangan berefleks..
ada tangan yang memberi..
ada pula tangan yang menerima..
ada tangan yang melempar..
ada tangan yang menyambut..
ada tangan yang menampar..
ada pula tangan yang menepis..
di suatu sudut kotak kecil pencakar lapisan-lapisan langit..ada tangan yang..
sedang berqiam, menadah titis ehsan..
di suatu sudut kotak sempit yang dilitupi sang tanah..ada tangan yang..
terkiam kaku, menkala sama tangan-tangan di atas muka bumi sedang menadah keampunan..."


(Walkway Subang Bestari-RRIM Sungai Buloh)

Rabu, 22 Disember 2010

Kaki Si Kaki




"Lain pula cerita si kaki..
di jasad tubuh ada sepasang kaki..
kaki yang tegak, kaki yang berlipat, kaki yang simpuh,
kaki yang berjalan, kaki yang berlari, kaki yang berserek,
tiba penghujung usia, ia bisa umpama sekadar tampalan anggota, tiada kuasa..

Tambah si mulut pula..
kau kaki kelentong..
kau kaki pesong,
kau kaki masjid..
kau kaki teh tarik, lepas ke masjid..


Tambah si mata pula..
kesian kaki dia cacat..
chantek sungguh kaki dia..
dia berkaki keting..
aik! rupanya ada juga kaki palsu..

tambah-tambah suka si mata dan si mulut..kau lekeh berkaki ayam..
celah si akal..di kaki mana aku di bawa sekarang ini???
simpul dek hati..apa-apa kaki pun dia tetap berkaki, walau pun tangannya adalah kaki hatta jasad badannya adalah kaki baginya..
apalah akan soal kaki, kiranya rapuhnya diri membawa kaki..


(Gerai Cendol & Laksa Jitra, Persiaran Sungai Buloh)

Mata Oh Mata


"Aku ada mata..
Mata yang zahir..liarnya membeliak, memerhati,
membulat, menyepet, menilik, meninjau..
ada kala menangis, ada masa mata ku membuat taik mata..
kerap-kerap mata menjadi gelap..
gelap yang pelbagai, penuh variasi..gelap mata..
langsung lupa segalanya..
akhirnya lebam mata..

Tapi ini kali .. ada satu mata ganjil, aneh sekali..
tak pernahnya timbul sebelum ini
kerna aku tak endah dan mengiyakannya..
pening! bila beradu di lembek yang empuk..
mata ini tetap terbuka..
ah! aku tak bisa lena...
mata ini aneh, ia bisa berkonsentrasi dengan kotak fikiran..
mata ini aneh, ia bisa bikin tubuh menggeletar...
lagi aneh mata ini, ia bisa bertutur sendirian acap peringatan..
sesungguhnya aneh mata ini, ia bisa menghuraikan segalanya tanpa kata-kata zahar..
mata ini sungguh ..sungguh membuatkan aku musykil memikir..
difikir, lagi difikir, terus difikir..
tapi bukan difikir soalnya mata..
tapi difikir ke mana mata itu membawa aku sebenarnya.."


(Gerai Goreng Pisang Tepi FlyOver, Mutiara Damansara)

Jumaat, 17 Disember 2010

Akal Panjang Kekadang Lupa


"Aku pernah dengar yang engkau itu antara yang eksklusif penciptaannya..
Kau ditempatkan di paras yang hebat dan mulia..
Hubung kait mu sentiasa membenarkan..
Memang engkau ini rasionalis, berlogika..
Ada sempadan, ada kalanya  melebihi sempadan..
Bak batu sempadan antara mukim dan suatu daerah..
Ajaib, hairan , pelik dan ganjil..
Diri kerap lupa, abai, mengabai, terabai, sengaja abai mu..
Ku fikir untungnya para malaikat itu kerana mu mereka teguh berbakti..
Tak perlu gusar akan hendapan nafsu..
Alangkah indahnya hati, kau akal memacu ku..
Agar hati selalu bersatu..



(Walkway Mini Refleksologi, Bukit Kiara)

Kuda Kuda Liar

"Aku perhatikan kau..si perut
Saat tiada hidangan, kau tidak memberontak..
Peliknya si marah yang tak keruan,
Saat terhidangnya makanan yang lazat, kau juga tidak gelojoh..
Peliknya si selera yang mebuak-buak..
Maka aku patut lebih menjaga engkau..
Daripada aku menjaga si marah dan si selera...
Pada mereka apa yang harus ku perlakukan?
Nah! mereka semestinya perlu ditambat seperti
tali yang menambat kuda-kuda liar.."




(Gerai Pasembor Petronas, Desa Hartamas)

Bara


"Hei! amarah..
Tak serik-serik setelah ditundukkan..
Pantang sikit, kau rembat kesempatan..
Di kesempatan itu, cilik dinyalakan bara..
Bara yang membakari diri..
Memang tidak sedar..
Hadir amarah susur licik..
Menyelinap, menyusuri..
Merenjat neuron-neuron dalam tubuh..
Tapi tidak sama sekali..
Apa kata kiranya aku cabar diri aku..
Membakar jari manis dengan nyalaan muda api lilin..
Atau kau mahu aku membakar dengan sebutan kebesaran?


(Bukit Riadah, Subang Bestari)

Mulut Celupar Sungguh


" Lagi-lagi kau wahai si mulut..
Tutur kata palsu terbit kembali..
Tutur kata juah terbit berkali-kali..
Tutur kata maki terbit berulang kala..
Tutur kata keji umpatan terbit berterusan..
Tutur kata zalim fitnah terbit berleluasa..
Tutur puji syukur..mana?
Kerna kau mulut, membinasakan..celupar sungguh"


(Dataran Sunway, Kota Damansara)

Hebat Kau Tak Ke Mana


"Hari ini...
Diri berjasad, kau kalah..
Pesona dunia mengitari dan kaburkan pandangan hakiki..
Hingga kau lalai, walaupun kau sedar, kau kan tergelincir..
Namun kau masih mengiyakan..ah! tidak mengapa..
Kerna kau fikir semua itu di saku mu..
Jadi mengapa hari ini tiba-tiba kau tersentap?
Menkala Tuhanmu mencurahkan sera kegusaran
Walhal kegusaran itu adalah baik berkali-kali buat mu..
Kerna kau diri berjasad berasa angkuh akan nikmat pemberian Tuhanmu..
Adakah kau mahu mengaku kalah sekarang?"


(Shaaz Curry House, Subang Perdana)

Ahad, 28 November 2010

Fana

"maksud bersatu di sisi Allah itu ialah, hatimu bersih dari apa pun,
makhluk dan nafsu, sehingga yang ada hanya Allah dan perbuatan-Nya,
kita hanya bertindak diatas komand-Nya, kehendak-Nya sahaja,"





(Masjid Subang Perdana)

Perucapan

"kita semua..mestisakiti setan-setan musuh itu dengan membaca..
Laa Ilaaha Illallah dengan ikhlasnya,
kalimat tauhid itu bisa membakar setan-setan musuhmu,
baik dari jenis spesis manusia maupun jin,
karena kalimat itu perwujudan cahaya nur bagi orang yang bertauhid dan api bagi setan..
bagaimana kamu berucap kalimat itu sedang dalam hatimu terdapat bermacam-macam tuhan?
setiap sesuatu yang kau gantungi dan kau mintai tolong selain-Nya..
wajar difikir berkali-kali,
orang yang bertauhid itu menyaksikan setan..
orang bersyirik itu disakitkan setan..
sedang ikhlas itu menjadi penguat ucapan dan perbuatan,
karena itu jika perbuatan sunyi dari ikhlas bererti..
seperti kulit tanpa kerangka,
dan kulit saja padahal tidak berguna kecuali untuk
membakar dahan."



(Foyer Masjid Sultan Sallehuddin, Shah Alam)

Sejati

"aku bersumpah, inilah jalan yang lebih mulia,
meneguk cucuran air mata hati,
dan mengunyah bijih tamar, daripada tegak tengadah,
dengan ketamakan jiwa, dan tangan menadah,
untuk meraih, ganjaran kini,
pandangan merunduk dan kening berkerut,
dengan sirnanya putus asa,
inilah kekayaan yang lebih besar dari segalanya,
tawaran'tuk menghibur jiwa,
putus asa adalah baik dan ibadah,
takwa kepada Allah, itulah yang sejati,
nafsu mengajak kepada kekejian,
karena...andai kata dunia cerah hari ini,
kelak ia akan mencampakkan."


(Up Town, Kota Damansara)


Kembali Kepada Yang Punya

"biarkan badan hancur binasa,
asal cahaya menerangi angkasa,
jiwa yang sempurna, jiwa yang perkasa,
kepada Tuhan kembali rasa,
ia kembali kepada yang punya,
disitulah ia kekal abadi,
kerangka jasad biarlah di dunia,
usah dihiraukan, tak usah ditanya!"


(Balkoni Al-Raudhah, Bukit Kiara)

Idiot

"jika pada manusia engkau tidak mendapatkan contoh yang tepat mengenai pengabdian,
maka kajilah...
hendaknya juga berkata pada dirinya,"Oh, jiwaku! engkau fikir bahwa diri mu pintar..
dan engkau bingung karena dikatakan idiot!
tetapi sebenarnya apa lagi engkau ini?
engkau membuat pakaian untuk musim dingin,
tetapi tiada persediaan membikin pakaian untuk musim panas,
engkau seperti orang dalam musim dingin yang berkata...
"aku takkan mengenakan pakaian hangat, tapi aku percaya pada kemurahan Tuhan untuk melindungi aku dari cuaca dingin."
dia tidak menginsafi bahawa disamping menciptakan dingin Tuhan menempatkan di depan orang itu..
sarana untuk melindungi dari kedinginan."


(Kolong Dart, Bukit Kiara)

Cinta & Rela

"kecintaan itu diikuti oleh kerelaan,
karena seorang pecinta selalu rela pada perbuatan-perbuatan orang yang dicintainya,
sedang kerelaan dalam keimanan punyai tonggak-tonggak kuat,
hal ini karena percaya bahwa Allah Maha Bijaksana..
dan tindakan-Nya sesuai dengan kehendak rahmat-Nya yang Pengasih,
dan berjalan sesuai dengan kehendak hikmah-Nya yang Penyayang."


(Kelana Jaya)

Nafsu


"Nafsu..kau musuh..musuh setiap masa,
kan ku tundukkan kau dengan..
menahan syahwat sepertimana liarnya binatang
apabila kurang makannya ia menjadi lemah jua,
akan ku bebankan diri dengan ibadah-ibadah berat..
karena apabila seekor binatang yang lemah karena kurang makannya..
bila ditambah beban yang berat dibelakangnya..ia tunduk dan patuh,
lantas tidak berdaya, ku pohon pada Mu mempermudahkannya."


(Sunway USJ)

Pasti Ikut Muhammad SAW


"kusaksikan ruhku dibebankan kepada lelangit,
dia tak memandang ke mana pun, tak pula berperhatian,
pada hal syurga dan neraka ditampakkan kepadanya,
sebab tiada baginya gejala dan hijab.
lalu aku menjadi seekor burung, tubuhnya dari Ahadiah dan sayapnya dari Daimumah
lalu terbanglah aku di angkasa Kaifiah
hingga ku lalui bola kemurniaan
ku pandangi medan azali
dan ku lihat di sana pohon Ahadiah,
kala ku pandangi diri ku kesluruhannya dari semua itu,
aku memekik, 'Ya Tuhan, dengan ke-akuan takkan ku capai Dikau,
dan takkan lepas dari kedirian-ku, apa yang mesti ku lakukan?

maka harus mampu melepaskan diri dari ke-diri-an ku
dengan mengikut Kekasih-Mu, Muhammad,
lumurilah kedua mataku dengan debu kakinya,jejak, dan ikutilah dia sentiasa.."


(Subang Bestari)

Aku Dan Kenal

"kenal akan sesuatu...baik zat maupun sifat,
yang sesuai dengan kenyataan yang sebenarnya,
itu namanya ma'rifat..aku pelik..ilmu yang amat pelik..
karena Allah tiada bandingannya,
kendati demikian Dia mewajibkan kepada semua makhluk untuk mengenal-Nya,
baik jin maupun manusia,
baik malaikat maupun syaitan,
kenal zat, asma dan sifat-sifat,
bahkan kepada seluruh makhluk..wajib..
sesuai dengan keadaan makhluk itu sendiri"


(Kg Pinang, Taiping)

Perjalanan

"Roh itu..
bukan tubuh yang bertempat
dalam badan seperti air dalam cangkir,
juga roh bukan sifat yang mengambil tempat di dalam hati
dan otak seperti sifat hitam mengambil tempat hitam,
juga bukan seperti ilmu dalam alam ini,
tapi roh adalah suatu jauhar yang bukan sifat,
ia dapat mengenal dirinya sendiri,
dan mengetahui apa-apa yang ditangkap dengan fikiran,
ini namanya pengetahuan dan pengetahuan itu sifat."

Roh itu tak mahu dibagi-bagi,
karena jika ia mungkin terbagi, nanti sebagian daripadanya bisa mengetahui sesuatu keadaan..
sedang sebagian lagi tak mengetahuinya,
Roh mengetahui sesuatu dan tak mengetahui sesuatu jua,
jadi berlainan,
umpama hitam dan putih yang di mata tidak berlawanan,
tapi ia tahu dan tak tahu dalam suatu perkara
tidak dapat digabungkan hitam dan putih
yang ada di mata tidak dapat dipersatukan,
juga tahu dan tidak tahu pada dua orang berlainan itu logis,
seperti hitam dan putih pada biji mata,

Roh punyai kesedaran sendiri,
sedar akan dirinya,
sedar akan lainnya,
sedar akan Allah yang menciptanya,

barang siapa-siapa mengenal Allah, sekali pun di dunia ini,
maka akan merasa seolah berada di syurga,
kelapangannya adalah bagai tujuh petala langit dan bumi,
manusia itu bisa mendekatkan dirinya kepada Tuhan, dalam dunia ini pada alam ma'rifatnya,
dengan ma'rifat yang tinggi akan bertambahlah ingatan yang berpanjangan kepada-Nya,
sedang pada hari akhirat nanti, manusia dekat dirinya kepada Allah
ialah dengan bertemu dan melihat
ialah memandang dengan mata kepalanya
akan Zat Allah"


(Estet Getah, Subang-Sungai Buloh)

Ini Tawakal

"kadang kala ada yang mengira bahwa makna tawakal..
meninggalkan usaha gerak lahiriah atau meninggalkan perencanaan dalam hati,
dan jatuh ke bumi bagai secarik kain yang tergeletak,
itulah sangkaan orang-orang yang bodoh,
dalam Syari'at hal itu diharamkan,
makna yang hakiki bagi tawakal adalah agar manusia percaya
cara yakin bahwa sebab-sebab yang lahir itu tidak membatalkan kehendak Allah,
dan kehendak Allah mengawasi sebab-sebab pada dasar-dasarnya,
pada dorongan-dorongan dan dalam semua tujuan akhirnya,
dan manusia diwajibkan bekerja sebagaimana diperintahkan oleh syari'at,
wajib menyerahkan masalah keberhasilannya kepada Allah.."


(Hentian Bas, Jalan Dungun, KL)

Jiwa dan Raga

"keluarkanlah makhluk dari hati ini,
dan keputusan dari Dia,
akan pemberian-Nya kepada ku,
selain apa yang telah Dia beri untuk ku."



(Presint 1, Putrjaya)

Aku

"apakah aku ini?
aku tidak tahu apa aku ini,
barangkali bukan aku,
aku akan mendapatkan diriku,
aku akan mendapatkan diriku,
aku adalah apa yang ku ketahui tentang diri ku."

Oh Dunia



"Dunia....ingin ku perkatakan..
engkau tidak punyai ujud..
lantas kau hanya suatu penampakkan..
dari ujung ke ujung keadaannya adalah permainan belaka"

Karena Itu

" Bila telah dapat meleburkan hati,
sehingga nafsu dan kehendak pupus habis bagai belanga yang bocor tidak lagi berisikan setitis air pun,
diri akan kosong dari laku kemanusiaan tidak menerima apa pun selain dari kehendak Mu,
saat itulah akan dikurniakan suatu kurniaan,
diluar dirimu bergerak,
segala yang terbit dari peribadimu,
sedang sesungguhnya semua itu adalah perbuatan..
dan kehendak Mu semata.."

Hijrah Yang Paling Berat

"Mengalihkan perhatian dari urusan dunia kepada urusan akhirat bagi orang yang beriman masih mudah, meninggalkan pergaulan dengan manusia dan beralih kepada Allah agak sulit, dan beralih dari nafsu untuk taati Allah lebih sulit lagi.."


(Taiping - Putrajaya, Julai 2009)

Pertemuan

" kini aku tahu, ya Rabbi..
apa yang ada di hatiku,
terlepas dari dunia,
lidah berbicara...
demikian kita..
disatukan dan Satu..
selain kemanunggalan..
adalah ihwal sentiasa...
walau ku tatap tajam
pesona nan dalam telah menyembunyikan Wajah-Mu,
melalui rahmat nan menakjubkan dan luar biasa amatnya,
aku merasa Kau belai lubuk hatiku paling dalam..."

Hati

"hatiku bisa tampil dalam bentuk apa pun,
hati yang bisa berubah dengan variasi kesedaran yang paling dalam,
ia bisa tampil dalam bentuk padang rumputnya rusa...
biara..
Ka'abah berjemaah..
harta..
lembaran Quran..
pangkat..
ilmu..
kekayaan..
keinsafan..
yang pasti..kewajipanku adalah hutang Cinta..
aku terima dengan bebas dan kemahuan beban apapun yang diletakkan pada diri,
Cinta adalah seperti para pecinta, kecuali itu bukannya mencintai fenomena,
aku mencintai yang Hakiki,
Agama itu, kewajipan itu adalah kepunyaanku, dan kepercayaanku,
maksud cinta manusia adalah untuk menunjukkan cinta yang entah...
tapi ini adalah cinta yang sedar,
lainnya adalah cinta yang membuatkan aku tidak sedarkan diri-Nya.."

Dimensi Pandangan

"Bagi pendosa dan busuk..aku jahat;
Tapi bagi yang baik-baik hatilah aku.."

Aku Lihat

"Sungguh...aku melihat Allah Pelindungku dan Pencipta diriku,
dan aku pula mengenalnya justru aku tunduk dengan solat,
aku menyaksikan dalam sesuatu Dia bertitah,
dengan segala tanda-tanda segala bukti-bukti dan ayat,
di dalam bintang yang menyerap keasyikan keindahan-Nya,
di purnama raya telah nyata betapa besarnya kemampuan-Nya,
gemercik air mengalun puji syukur dan tasbih suci,
kicau burung membawa nyanyi merdu yang ria mempersona,
dan di bunga indah penyebar keharuman dengan hembusan lembut,
tiupan angin yang membawa bau semerbak dibawa bayu,
sorotan cahaya menggulung malam dengan pelukan,
teriring kata selamat tinggal berharap jumpa esoknya,
seorang bayi dalam dakapan ibunya yang syahdu,
harap-harap kasih sayang-Nya di bawah naungan rahmat-Nya,
alam semesta yang megah tak luput bertasbih kepada-Nya,
maka Dia...Dia meninggi di atas sifat dan kalimat-kalimat-Nya,
aku di persada-Mu hanya seorang hamba cilik yang patuh,
tahu ku hanya berdoa dalam rukuk dan sujud kepada-Mu,
Maha Suci Engkau ya Allah Yang Maha Agung,
milik-Mu seluruh kerajaan, Engkaulah Zat maha Pencipta Yang Tunggal,
aku ngeri karena melihat Dia.....
yang mengetahui perihal ku semua...
kepada-Nya aku kembalikan pengaduan-pengaduan untuk selama-lamanya,
kemana pula pelarianku di kala derita menimpaku?
maka Dia-lah Maha Kasih yang Hak dalam semua alasan kesukaran,
kemurahan-Nya nan Tunggal di saat aku dalam jepitan duka,
Dia-lah Yang Maha Pemurah Yang Tunggal,
yang membimbingku di kala tergelincir di jalan yang berlumut,
di saat aku dalam kekelaman waktu yang singkat..yang sempit,
ku telah bertasbih kepada-Nya, Maha Tinggi Dia,
ku sembah dalam kemuliaan dan keteguhan yang tetap,
ya Tuhan! ku doa dengan sajian sepenuh hati,
ku mohon maaf dan ampunan atas gelimang dosa-dosaku,
ku hampiri-Mu dengan jera teriring pinta,
terimalah aku ya Allah dalam pinta doa ku.."

Engkau Menutupi-Nya

"Dahulunya aku merupakan roh yang amat merindukan,
Sedang di sekitarku adalah nur itu,
Lalu aku menjadi jisim,
Di dalam dunia yang hina-dina,
Dan bayangan diriku....
Tetap menghijab roh itu,
Daripada penyaksian rahsia-rahsiaNya..


Syamadiah..Allah Yang Maha Kekal,
Yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu,
Bagaimana aku bisa bersabar,
Setelah ku lihat wajah itu,
Dalam kemurnian bukan serba-duaan,
Wahai tubuh jasadku!
Engkau yang menutupi,
Habibi yang kucinta itu..."

Usir Kemasyhuran


"Tanamlah dirimu di dalam bumi yang sepi."

Solihin

"Seseorang takkan capai tingkat solihin, sebelum ia merentasi 6 perkara:
  • tertutup baginya pintu ni'mat dan terbukanya pintu kesengsaraan.
  • tertutup baginya pintu kemuliaan dan terbukanya pintu kehinaan.
  • tertutup baginya pintu kelapangan dan terbukanya pintu kesibukan.
  • tertutup baginya pintu tidur dan terbukanya pintu kejagaan.
  • tertutp baginya pintu harta dan terbukanya pintu kefakiran.
  • tertutup baginya pintu angan-angan panjang dan terbukanya pintu kesiapan dan menghadapi maut."

Malu ku Kepada Allah Tuhan ku

"Aku mandi dalam sebuah kamar yang gelap, namun timbul malu ku kepada Tuhan-ku."

Diri & Sendiri

"Memerintah atau mengawasi diri sendiri jauh lebih sulit dan adalah lebih baik daripada memerintah dan mengawasi sesuatu negeri."

Dalam Hati Ada Cinta


"Dua kecintaan tak mungkin bersatu dalam satu hati, iaitu kecintaan kepada Allah dan kecintaan kepada dunia."

Teman


"Jangan kau bertemankan selain dengan mereka yang merdeka yang mulia yang mendengar tetapi diam."

Awalan

"Awal beribadah ialah tafakur dan berdiam diri, selain..untuk mengingati Allah."

Apa Ada Pada Mewah

" 'Al-Wara' ialah meninggalkan segala yang syubhat dan meninggalkan segala yang tidak menjadi kepentingannya, yakni meninggalkan segala kemewahan yang berlebih-lebihan."

Selamat Tinggal Keraguan

" 'Al-Wara' adalah agar manusia meninggalkan segala keraguan dan meninggalkan segala sesuatu yang bukan urusannya."

"Hey..ragu, maka kau sepatut diusir, timbulmu semata-mata musuh ku.."

Usah Jual Agama Untuk Dunia

"Kita perbaiki dunia, dengan mencabik-cabik agama hingga lenyap,
Dan kita pun malah bukan menjadi baik,
Sungguh bahagia seorang hamba,
Yang mementingkan Allah..Tuhannya..
Dan orang yang dermawan dengan hartanya..
Untuk sesuatu yang ia tunggu-tunggu.."

Taubat

"Dosa hamba telah bertumpuk, apabila hamba bertaubat, adakah Tuhan memperkenalkannya?" Adawiyah menjawab: "Bila Allah menggerakkan hatimu untuk bertaubat, taubatlah kamu."

Aku Cinta Pada-Mu

'Ku cinta Engkau lantaran aku cinta,
Dan lantaran Kau patut dicinta,
Cintaku lah yang membuat rindu kepada-Mu,
Demi cinta suci ini, sibakkanlah..
Tabir penutup tatapan sembahku.
Janganlah kau puji ku lantaran itu,
Bagi-Mu lah segala puja dan puji."

Pengabdian

"Aku tidak mengabdikan kepada Allah seperti seorang karyawan yang mengharapkan pulangan."

Takut Neraka?

"Yang tak gentar akan neraka dan tak menghasratkan syurga..sandarku hanya pada-Nya."

Dia-lah Pencipta Kebahagiaan

"Demi Allah, aku tak berasa sakit, sebab syurga telah diperlihatkan, sedang aku merindukan-Nya, aku tahu..cemburu..lalu mencela ku. Dia-lah yang membuatkan aku bahagia."

Aku Mencintai-Nya

"Aku mencintai-Nya karena Dia telah mencipta ku, melimpahi segala kurnia rahmat-Nya serta Dia bersedia menerima kehadiran ku di Hari Kiamat kelak."

Bukan Syurga Dan Bukanlah Pula Neraka

"Ya Allah! Bila hamba menyembah-Mu disebabkan takut akan seksa neraka-Mu, maka bakarlah aku di dalamnya. Bila akumenyembah-Mu karena mengharap syurga-Mu, maka jauhkan hamba daripadanya. Hamba menyembah-Mu hanya demi Wajah-Mu yang mulia, maka jangalah Engkau mencegah hamba untuk dapat melihat-Nya."

ADAWIYAH, SAYYIDAH RABI'AH AL-

Hakikat Redha

"Manakala seseorang itu berperasaan sama, dalam mendapat bencana atau mendapat ni'mat..maka itu lintasan redha."

Semakin Kenal, Semakin Cinta

"Mungkin kita pada permulaannya tidak dapat menghargai, tetapi pada suatu tika kamu sudah mengenalnya, pasti samapai mati pun kamu takkan meninggalkannya."

Manakah Yang Lebih Utama Bagi Pecinta, Takut atau Rindu?

"Paling baik adalah membiarkan pendosa duka dan cemas.
Manakala ia solat,
Hati tunduk dan khusyuk,
Sendiri dalam Cinta akan tenteram,
Namun para mulia dan arif,
Memohon kepada-Nya dengan mata yang merindu."

Sabtu, 27 November 2010

Perbuatan Salah

"Kesalahan-kesalahan acapkali menggembirakan bagi fikiran mereka yang mengikutinya."

Macam Sabar

"Sabar dalam Islam ada 3 macam: macam pertama; sabar dalam melaksanakan kewajiban yang akan mendatangkan pahala tiga ratus, kedua sabar terhadap yang diharamkan Allah akan hasilkan pahala enam ratus, dan macam terakhir sabar pada permulaan terjadinya musibah, baginya sembilan ratus pahala."

Para Zahid

"Kini kan ku kisahkan sebuah kisah lama,
Bagaimana Iman tumbuh, bagaimana ia berkembang
Dan sempurna. Kan ku kisahkan pula
Bagaimana kemudian ia layu, hingga laksana bayu yang lusuh,
Lantas ku persembahkan, permata indah, asal kau turuti kata-kata,
Ilmu berlimpah tuk membersihkan kalbu,
Dari noda dan membersihnya kemilau,
Kebenaran adalah ilmu, bening gemerlapan,
Bagai mutiara dan yakut,
Dengan rahmat Allah, tunjukkan kebenaran,
Yang diajar olehNya sendiri, untuk itulah aku hidup,
Dalam zaman yang kian asing,
Kejam dan mengerikan, di situ kita berharap,
Sekali akan pernyataan keimanan,
Dan dalih-dalih nalar kita,
Di situ Islam sungguh mulia"