Jumaat, 16 September 2011

Ini Hari Malaysia

Ini pagi
tengok orang berbaris
anak-anak muda
pakai baju tentera
depa kawat sampai gegar bumi
depa semangat ada..

ini pagi
tengok gerombolan anak-anak kecik
palu kompang, buat formasi
depa pakai baju Superman
pakai spek mata hitam
pakai seluar justin bieber
pakai kasut supra
macam korean pop

ini pagi
tengok orang bawa anak-anak
ambik kesempatan bersama famili
depa happy..

ini pagi
tengok ramai orang
depa jerit tanda suka
tanda gembira
depa pegang bendera
kerna ini hari, Hari Malaysia
esok hari Sabtu...

Dan hari ini, Hari Malaysia
hari untuk aku dan orang-orang tanah ayer ku
bukan hari israel, amerika, sepanyol, portugis atau belanda
depa semua boleh pi berambus jauh-jauh.....

Kepala Sudah Weng

Ini cerita hari khamis malam jumaat
aku sama kawan banyak
tungkus lumus
tolong jayakan acara manusia
berlatih juga alat-alat gendang gendut
untuk show malam esok

kawan pakai spek mata..
ajak pekena teh
perut kosong
kami pi ramai-ramai
naik kancil tuan punya yop

kena teh sama otai piano
kena teh sama pendaki gunung kala patar..sikit lagi everest..
kena teh sama orang muda yang kalut jaga anak kecik
kena teh sama tuan punya kancil jugak

kapla weng rehat tarak cukop
esok lagi mau pegi acara baris malaysia
malaysia boleh.................


esok sambil baris nak kena nyanyi lagu..

INILAH BARISAN KITA ATAS PAGAR...

Khamis, 15 September 2011

Line Clear

Ini hari line clear
Kelam kabut ada sangat banyak
Tapi hati tetap line clear

Esok lusa mungkin line malap
Mungkin tarak line
Tuhan saja tau
Aku tak tau...
Sebab tu tuhan hebat..

Rabu, 14 September 2011

Ini Prinsip Nak Sembang Deras

Dulu aku muda
Baru nak belajaq
Jadi aku kena banyak diam
Perati, tengok, ikut dan buat

Jangan melawan
Sat gi ubat
Tapi yang tu aku tak takut
Aku tetap diam dan ikut

La ni bukan nak sembang deras
Tapi umor yang meningkat
Mengajar aku supaya menjadi rasional

Hat betul aku kata
Hat tak betul aku pangkah gasing
Hat juah aku taji
Hat mengerla aku sembor
Hat tak tau
Aku habaq mai elok-elok
Hat perangai iblis
Tak kira tua muda, bangsa ka, pangkat ka..kaya ka..jutawan ka..hartawan ka..auta ka..
Yang tu aku anti..
Ini prinsip

Balaci

Ramai orang suka
Buat orang lain macam balaci
Sebab depa rasa depa hebat
Depa ada pangkat, harta, wang, bini tua yang perasan segak

Depa taruh cukop-cukop
Yang dok cari makan
Yang nak bayar sewa rumah
Yang nak bayar bil-bil dunia
Yang bayar riba depa
Yang nak bagi depa kaya raya mewah mengerla

Depa suka maki hamun
Sembur ikut suka hati
Macam maki kat tunggul kayu
Depa kata macam-macam
Sampai mengaibkan orang

Sebab apa depa jadi lagu ni
Sebab ramai yang takut nak melawan
Sebab ramai yang malas nak melayan

Ini semua setan punya angkara
Jangan dok buta tuli ikut saja
Naya di akhirat

Gosip

Tempat rekau gaji aku dulu banyak gosip
Gosip sana sini
Menjadi-jadi

Ada yang betul
Itu bukan gosip

Ada yang tak betul
Itu ala-ala gosip

Ada yang di nasi tambah
Itu boleh pi masuk main api neraka

Ada yang suka jadi ulaq sawa
Ada yang minat jadi buaya
Ada yang minat jadi perampok
Ada yang minat jadi samseng
Banyak juga yang baik-baik
Ramai juga yang kena naya

Tuhan Maha Kaya
Hat tak elok ditunjukkan bahana
Hat elok di mudahkan urusan

Ingat lagi Pak Deris kata..
Lagu mana pun hati mau bersih
Orang mau hantam biaq pi la
Esok dia pula kena hantam kat akhirat
Hambik ubatt...

Hujan Emas, Hujan Batu

Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Mana-mana negeri pun sama saja la..
Mau cari makan jugak...........

Selasa, 13 September 2011

Porahhhhh!!!!!!

Ramai orang muda nak jadi pemimpin
Kata-kata pandai sampai tersemboq ayer liur
Esok tanya, hang pa semua pakat hilang
Menyorok belakang darai..

Ramai orang tua kemut hilang power
Main tala macam akai lembu
Esok tanya..kalih siaran lakkkk..
Muka jadi 20 talam...

Porahh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku Ada Duit Banyak

Hari ni aku dapat duit banyak
Tuhan lorong bagi
Teringat kat depa yang jarang bertukaq baju
Beli 2 lai
Buat pakai masa jalan-jalan

Koman-koman..depa senang hati..
Hidup tak payah kaya raya..tapi misti mau tenang..