Jumaat, 16 September 2011

Ini Hari Malaysia

Ini pagi
tengok orang berbaris
anak-anak muda
pakai baju tentera
depa kawat sampai gegar bumi
depa semangat ada..

ini pagi
tengok gerombolan anak-anak kecik
palu kompang, buat formasi
depa pakai baju Superman
pakai spek mata hitam
pakai seluar justin bieber
pakai kasut supra
macam korean pop

ini pagi
tengok orang bawa anak-anak
ambik kesempatan bersama famili
depa happy..

ini pagi
tengok ramai orang
depa jerit tanda suka
tanda gembira
depa pegang bendera
kerna ini hari, Hari Malaysia
esok hari Sabtu...

Dan hari ini, Hari Malaysia
hari untuk aku dan orang-orang tanah ayer ku
bukan hari israel, amerika, sepanyol, portugis atau belanda
depa semua boleh pi berambus jauh-jauh.....