Jumaat, 12 Ogos 2011

Aku Nak Nilai Masa

Kalau nak tahu nilai sedekad, tanyalah orang hidup dalam peperangan..
Kalau nak tahu nilai 10 tahun, tanyalah orang pernah hidup dalam kemiskinan..
Kalau nak tahu nilai setahun, tanyalah orang yang perit tidak mendapat pekerjaan..
Kalau nak tahu nilai sebulan, tanyalah orang yang terpaksa mengikat perut kerana tiada gaji dibayar..
Kalau nak tahu nilai sehari, tanyalah orang berpuasa dari pagi hingga ke petang..
Kalau nak tahu nilai sejam, tanyalah orang yang sedang bercinta..
Kalau nak tahu nilai seminit, tanyalah orang yang tertinggal keretapi untuk pulang ke kampung untuk beraya..
Kalau nak tahu nilai sesaat, tanyalah orang yang pernah mengalami kemalangan di jalan raya..
Kalau nak tahu nilai mili saat, tanyalah pelari olimpik yang kalah dengan saingannya...