Rabu, 2 Februari 2011

Mati Punya Cerita, Aku Pun Mati Jugak Nanti



Jika aku mati
Di alam kandung
Betapa gumbiranya hati ini
Kerana belum sempat mata ku disinari cahaya dunia
Dan aku bisa berterbangan di dalam syurga sebebas-bebasnya...

Jika aku mati 
Di alam dunia bayi
Alangkah sukanya hati
Kerana mata ini tidak disinari oleh cahaya dosa dunia
Justeru aku bisa nikmati gayutan pohon-pohon syurga

Jika aku mati
Di alam kanak-kanak
Terpancar di hatiku keriangan
Kerana tangan ku ini tidak sempat mengotori jiwa
Lantas aku bisa meneguk susu dan manisan di syurga

Jika aku mati
Di alam baligh remaja
Aku bimbang..aku bimbang
Kerana tanganku ini sudah pandai bermaksiat
Bimbang akan soal jawab kubur
Bimbang tiada pertolongan manusia
Kerana aku berada di dalam perut bumi keseorangan

Jika aku mati
Di alam dewasa
Hati ku teramat getar..getar sekali
Kerana aku tak ambil peduli
Kebajikan semasa hayat hidup

Jika aku mati
Di alam tua
Hati ku terasa berderau
Kerana sepanjang hayatku
Apa yang telah aku lakukan

Aku takut..
Biar aku hidup tanpa makan minum
Asal di padang perbicaraan kelak
Sempurna segalanya, aku mahu bersatu
Dengan Tuhan-ku


(Tanah Perkuburan Islam, Kg Melayu Subang)