Selasa, 16 Ogos 2011

Aku Hantar Kuih Raya Ke California


Aku telah pun membungkus, melekapkan bungkusan parcel yang isi kandungnya ada kuih raya, serunding dan hijab, untuk di hantar ke California. Aku timbang bungkusan dan mata teliti jarum penimbang serta di kepala ada anggaran kos, kerana aku perlu bajet, aku orang kampung diajar hargai adik beradik dan jimat cermat..